Followers

Sunday 22 July 2012

Allah Mengetahui Segala Isi Hati Kita


Firman Allah SWT bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".


Ingin sekali aku menangis. Ingin sekali aku merintih hiba. Ingin sekali aku luahkan di sini. Pada perasaan yang aku pikul.

Ya Allah. Kau tentukan hidupku. Kau tunjukkanlah aku jalanMu itu. Semoga dapat aku lepaskan perasaan ini. Pada kemelut rasa yang menghinggap diri ini. Permudahkanlah bagiku ya Rabbi. Kerana aku hanya percaya pada jalanMu. Meski ujianMu sangat berat untuk aku tempuh. 


Jika benar ini jalannya. Tunjukkanlah aku hakikatnya. Permudahkanlah bagiku seadanya. Tapi jika bukan ini jalannya. Hindarilah diriku dari dekat padanya. Agar aku bisa tahu apa yang terbaik untuk diriku.

Ya Tuhan, sesungguhnya Engkaulah yang empunya langit dan bumi serta sekalian isi-isinya. Dan kepadaMu lah aku serahkan takdirku. KepadaMu lah aku panjatkan doaku. Semoga diriku sentiasa kekal di jalanMu ya Allah.

Saat ini aku ingin sekali menangis. Menangis semahu aku. Menangis untuk meluahkan rasa hati ini. Ya Tuhan. Beratnya beban perasaan yang aku tanggung.

No comments:

Post a Comment