
Budaya debat sangat wajar diketengahkan. Persoalannya
disini mengapa perlunya mengamalkan negara demokrasi jika debat yang didakwa
sesetengah pimpinan politik kerajaan BN bukan sebagai budaya kita. Budaya debat bukanlah
milik Barat semata-mata. Sebagai contoh di Filipina, perdebatan adalah suatu
kemestian ketika musim pilihanraya malah Commission on Election (Comelec) turut
menyediakan platform untuk calon-calon pilihanraya berdebat. Perdebatan di
antara calon bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi seperti calon presiden
malahan ia turut berlaku sehingga peringkat bawahan.
Pada 22
Mei lalu, berlangsung debat ‘Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Negara (PTPTN) Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di antara Pengarah Strategik
PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah berjaya
dianjurkan di Kompleks Media Karangkraf dan dipancarkan oleh Astro Awani dan
Bernama 24. Debat itu diadakan adalah
bertujuan untuk merungkai masalah sama ada PTPTN wajar
dimansuhkan atau tidak dan wajarkah pendidikan percuma diberikan kepada pelajar institusi
pengajian tinggi
Persoalan
siapa menang atau kalah dalam perdebatan itu bukan tujuan utamanya. Apa pun
syabas kepada kedua pendebat muda ini atas keberanian mereka menyampaikan hujah
masing-masing. Debat yang didakwa sesetengah pimpinan politik kerajaan BN bukan
sebagai budaya kita telah pun ditelan dek debat perintis ini.
Debat
‘Pemansuhan PTPTN’ atau “Pendidikan Percuma” dan dengan kata lain Pakatan
Rakyat menyokong usul debat yakni untuk memberikan “Pendidikan Percuma” kepada
pelajar sementara BN menolak “Pendidikan Percuma”di peringkat IPT. Melalui perdebatan itu, tugas Rafizi Ramli adalah untuk
meyakinkan penonton dan rakyat supaya menyokong “Pemansuhan PTPTN” lantas
mewujudkan “Pendidikan Percuma” kepada pelajar manakala tugas Khairy Jamaluddin
pula adalah sebaliknya.
Sepanjang
hujah Khairy Jamaluddin dalam perdebatan tersebut, beliau meyakinkan bahawa negara
akan mengalami kemunduran dan akan bakal bankrap jika negara menghapuskan
PTPTN. Manakala dalam hujah Rafizi Ramli pula menyatakan bahawa negara yang
menjana RM181 bilion pendapatan setahun ini mampu memberikan pendidikan
percuma, seandainya rasuah dapat dikekang, ketirisan dikurangkan dan prioriti
diperbetulkan.
Menurut Ketua
Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata budaya debat adalah budaya barat
yang masih belum boleh diterima di negara ini. Perkara ini tidak berlaku di negara maju yang lain termasuk pemilihan Presiden Perancis
juga turut diadakan sesi debat antara calon yang bertanding, mengapa tidak
Malaysia cuba mencontohi sesuatu yang baik untuk dilaksanakan dalam negara
Malaysia ini berbanding dengan taktik dan serangan “baling batu, sembunyi
tangan”?
kalau macam ni la gayanya, Dato' Sri Najib dicabar oleh orang2 PKR untuk berdebat... Mane mahu dia berdebat... takot kena hentam...
ReplyDeleteKalau dia penghujah yg bagus, ada fakta yang kukuh untuk dikemukakan, rasanya takde masalah kalau kene hentam pun dia mampu tangani.
ReplyDelete